Introduction




 

HILAL QAMAR ENTERPRISE telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 24 April 2012. Merupakan sebuah syarikat enterprise yang menjalankan perniagaan melalui trading and services. Syarikat cuba sedaya upaya untuk mengamalkan perniagaan dengan sistem patuh syariah seiring dengan perintah Allah S.W.T. Oleh itu, perlaksanaan Green Economy, Green Society dan Green Technology akan sentiasa menjadi pilihan syarikat dalam membangunkan perniagaan ini.

Aktiviti perniagaan Hilal Qamar Enterprise dijalankan melalui jualan secara langsung di premis, melalui ejen-ejen syarikat yang dilantik, jualan secara online, dan jualan melalui karnival.

Hilal Qamar Enterprise sentiasa mengutamakan kepuasan hati pelanggan dan peka terhadap kehendak pelanggan. Maklum balas dari setiap pelanggan yang berurusniaga dengan kami sangat penting dalam memastikan mutu dan prestasi perkhidmatan syarikat berkembang maju

Kami mengharapkan kerjasama dari rakan kongsi, perhubungan sesama pelanggan dan rakan usahawan sentiasa terpelihara. Misi dalam memastikan peningkatan jualan syarikat akan terus berkembang dan berdaya maju. 

Produk dan Perkhidmatan akan sentiasa ditambah nilai bagi meningkatkan prestasi Syarikat mengikut perubahan ekonomi dan cara hidup pelanggan. oleh itu, dalam memastikan aktiviti perniagaan seiring dengan kehendak Islam, pengamalan Green Economy, Green Society dan Green Technology menjadi keutamaan.

Maklum balas dan teguran dari rakan kongsi, usahawan dan pelanggan sentiasa diambil keutamaan. 

Sekian,

Mohd Khairul Shaifuddin
Pengarah Urusan








No comments:

Post a Comment