Friday, October 9, 2015

SIAPA KITA LIMA TAHUN AKAN DATANG

SIAPA KITA LIMA TAHUN AKAN DATANG

Ini soalan yang biasa kita dengar, “bagaimana anda bayangkan diri anda dalam tempoh 5 tahun dari sekarang?”.

Anda semua tentu pernah dengar dan mungkin pernah ditanya soalan itu. Mungkin juga anda pernah bertanya pada diri sendiri soalan yang sama.Soalan seperti itu amat popular di kalangan motivator.

Teori menyatakan apa yang kita bayangkan dalam kepala kita tentang diri kita suatu masa nanti bakal menjadi kenyataan. Lebih jelas dan terperinci yang kita bayangkan lebih besar kemungkinan ianya akan berlaku.

Saya pernah dan sering tertanya-tanya ketika kecil, bagaimana agaknya diri saya bila saya berumur dalam lingkungan 40-an nanti. Pertanyaan itu sering bermain di kepala saya sebab teringin nak cepat dewasa agaknya. Cuma silapnya tak ada orang yang beritahu saya bahawa saya sendirilah yang perlu bayangkan macam mana diri saya berdasarkan apa yang saya ingini.

Logiknya teori membayangkan apa yang anda nak jadi lima tahun lagi penting adalah kerana ia seumpama satu destinasi perjalanan kehidupan. Jika tak tahu di mana destinasi, alamat kita sampai entah ke mana-mana walaupun hakikatnya kita sampai juga di sesuatu tempat.

Perjalanan lebih mudah jika ada destinasi dan kita rancang dan susun perjalanan itu sehingga sampai.

Satu lagi teori mudah untuk mengetahui apa anda akan jadi dalam tempoh lima tahun lagi adalah dengan melihat pada dua perkara:Bahan bacaan apa yang kita bacaDengan siapa kita habiskan masa berkawan

Saya sering perhatikan perkara tersebut di atas dan saya dapati memang betul, kita dapat jangkakan apa akan jadi pada seseorang itu 5 tahun lagi dengan melihat jenis kawan-kawannya serta buku apa yang dia baca.Kedua perkara tersebut memberikan kesan yang cukup besar dalam membentuk sikap diri kita.

Jika kita berkawan dengan mereka yang bercita-cita besar dan berfikiran positif, maka sikap itu juga akan berjangkit pada diri kita. Ditambah dengan maklumat yang kita baca dari buku-buku ia akan menguatkan lagi sikap serta keperibadian diri kita.Jika kita dikeliling olah kawan-kawan usahawan dan kita juga sering mambaca buku-buku menyentuh tentang keusahawan, maka tidak hairan dalam tempoh lima tahun kita juga akan menjadi usahawan.

Begitulah juga jika kita dikeliling olah pada ustaz dan penceramah dan sering membaca dan mengulangkaji kitab-kitab, maka lima tahun selepas itu kita juga samada menjadi penceramah atau menjadi ustaz.

Apa yang boleh kita ambil pengajaran di sini adalah dengan kombinasi dua teori di atas kita mampu merangka kejayaan hidup kita. Kita hanya perlu:Menentukan apa yang kita ingin nak jadi lima tahun lagi.

Memilih kawan yang sesuai dan boleh membantu keinginan tersebut.Memilih buku-buku yang sesuai untuk di baca bagi membantu kejayaan anda.Jangan biarkan segalanya berlaku tanpa kita sedari. Ambil tindakan segera bagi mengenal pasti apa yang kita ingin jadi mula pilih kawan-kawan dan jangan kedekut beli buku.

Kesimpulan : Utk kaya maka berkawanlah dgn org kaya. Utk alim maka berkawanlah dgn org alim


No comments:

Post a Comment